Bila pelangi berkocak

seperti biasa
ia muncul selepas reda
mengeluarkan warna ceria
menghimpit irama gembira

namun
petang itu
ia tidak seperti biasa
warna berubah tanpa tanda
tiada alamat , tiada jawapan

bila ia berkocak
langit tidak gembira
awan menjadi mangsa
suria pula hilang serinya

ia terus berkocak
sendirian
melawan tanpa daya
bertindak tanpa usaha

apa yang dilakukan oleh burung-burung diawan?
apa yang dilakukan oleh angin lalu?

1 ulasan:

  1. hati yang sedang dalam kesedihan selalu memikirkan perkara yang tiada kaitan dengan diri..
    mengapa di biarkan hati itu sedih..
    andai tahu..
    kekuatan yang di perlukan..
    buaknnya kesedihan...

    BalasPadam

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.