Sebalik Kilauan Mentari

mentari...
sentiasa bersinar
berkongsi sinaran keceriaan
demi sebuah perhubungan
untuk berkongsi senyuman

tika mentari bersinar
tiada siapa menyapa
apa disebalik kilauan itu?
benarkah ia seperti apa kita gambarkan

realitinya...
ia tersimpan seribu makna
memendam sejuta rasa
agar bahagia orang di sampingnya

sebenarnya...
kesedihan terbit di balik awan mega
dia
merembeskan air mata

sengaja ia sembunyi
tanpa mahu orang ketahui
kerana dia tahu
disampingnya
lebih memerlukan
sinaran itu

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.