kala ikan bernyanyi

siapa menyangka
makhluk seperti itu
boleh bernyanyi
namun.adakah nyanyian itu dihargai?

itu persoalan
hanya terdengar omelan
dari duyung tempelan
oleh kerana tidak seiringan

salahkah untuk mencuba
sesuatu yang dia yakin
boleh merubah
persepsi orang lain

ikan itu
menitip kerang di laut
untuk dijadikan alat
kekuatan
demi sebuah impian

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.