Kisah Cinta 100 Hari



CERITA INI NI COPY DRPD BLOG MYMYE

KLIK SINI

Salleh dan salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : “ Ahhh!! Aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku.”

Salleh : “ Nampaknya Cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : “ Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom?”

Salleh : “ Errr ? permainan apa ?”

Salleha : “ Ermmmmm…senang je. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….camner okay tak ?”

Salleh : “Baiklah…lagi pun aku juga belum ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie.”

Salleha : “Lerr….cam tak ikhlas jer…nak ke tak nak ??...semangat sikitlah ! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang?”

Salleh : “ Camner kalau kita tengok wayang je? Kalau tak salah ada cerita Love is Cinta showing nie.”

Salleha : “ Ok sett!!!....Jom kita pergi sekarang. Pastu kita karaoke yer…agak-agak kalau kita ajak sama kawan-kawan yang lain dorang ikut tak ???

Salleh : “ Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaroke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di café, suasana café yang diiringi dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantic. Sebelum pulang salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke mall membeli belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berjalan dalam mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

 Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerena tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

 Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri , langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit dan melihat bintang jatuh ( Shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

 Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Buat kek buatannya  yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

 Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik the Viking, makan aiskrim bersama dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

 Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka bercuti ke pantai. Pantai desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, meresakan lembutnya pasir dan diinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.
( Adengan peluk-peluk nie saja je…bagi panjang cerita…jangan serius sangat ye )

Hari ke 99 :

Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling Bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

Minit-minit terakhir…..

1520hrs

Salleha : “Aku haus. Rest kejap okey.”

Salleh : “Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Salleh nak minum “ Green Tea”. You nak minum apa ?”

Salleha : “BIar I saja yang beli. Salleh kan penat putar stering keliling Bandar hari ini. Sekejap yer.”
1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit dan salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : “Ada apa cik?”

Orang asing : “Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam teman kamu tadi.

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, terbujur tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan terus ke rumah sakit. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri…sekejap mundar-mandir…fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.
2353hrs

Doktor Zuhana : “Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi mungkin tidak akan bertahan lama. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya.”

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi katil Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh …..

Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.
Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjangkan hari-hari bersama kita. Sama seperti yang ku ucapkan sewaktu bintang jatuh ( shooting stars ) itu di pantai, aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.
~ Tamat ~

Aku jumpa cerita nie dari sebuah artikel.. So, aku pun kongsi cerita nie dengan kamu semua…harap anda suka…hehehe

Thank You For Reading (^_^)

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.