LIRIK LAGU OST OMBAK RINDU|VIDEO|MP3


LAGU TEMA FILEM OMBAK RINDU NYAYIAN HAFIZ FEAT ADIRA
Selepas kejayaan mencatat kutipan Box-Office sebanyak RM 4.5juta menerusi filem ‘Lagenda Budak Setan’ pada pertengahan tahun lalu, Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Tarantella Pictures Sdn Bhd kini bakal muncul dengan sebuah lagi filem yang diadaptasikan dari sebuah novel terkenal. ‘Ombak Rindu’ yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal, Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal, Osman Ali.
Filem ‘Ombak Rindu’ diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Filem yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Thailand ini telah memakan masa selama 45 hari sejak pertengahan Julai 2010.
‘Ombak Rindu’ mengisahkan tentang dilema dan pergolakan hidup wanita bernama Izzah. Izzah lakonan Maya Karin ini mewakili kaum wanita yang tersepit, tertindas dan menjadi mangsa keadaan. Namun, Izzah juga seperti wanita lain yang ingin dicintai dan mencintai. Apakah yang terjadi dalam kehidupan Izzah, jangan lupa untuk menonton filem ‘Ombak Rindu’ yang bakal ditayangkan di pawagam tanahair tidak lama lagi.

LIRIK LAGU DAN VIDEO MP3
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Sumber Selengkapnya - http://www.enciknakal.com/2011/10/lirik-lagu-ost-ombak-rinduvideomp3.html#ixzz1cI7UANq4

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.