sketsa suami isteri 1

Saya terbaca 1 post dari 1 blog, maaf awal2 kalu dah ade.:)

SKETSA SUAMI ISTERI
Sempena Ulangtahun Perkahwinan aku dan isteriku yang ke-10 (Kalu saya ulangtahun ke 9:D)pada hari ini 27hb Mei 2011 maka terimalah beberapa kisah suami isteri yang mencuit hati. Idea asal dari pengalaman sendiri semoga menjadikan sebuah hiburan agar mengukuhkan lagi keharmonian sebuah mahligai yang dibina.


Kisah 1
Isteri : Abang, saya ada satu permintaan yang penting ni, boleh tak?
Suami : Apa lagi awak ni? Ada-ada sahaja, tak boleh tengok orang senang sikit! Tak cukupkah dengan segala yang saya telah berikan kepada awak selama ini? Rumah besar, kereta mewah, perhiasan dan banyak lagi kesenangan dan kasih sayang telah saya curahkan. Apa lagi yang awak mahu...cakap!
Isteri : Errrr.....masakan yang saya tengah masak ni kurang garamlah. Boleh abang tolong belikan garam dikedai sebab dekat rumah garam dah abis.
Suami: Hah.....!!! Errr.....ok....er....baiklah...lain kali cakaplah awal-awal straight to the point...

Kisah 2
Suami : Yang....abang ada satu hajat yang besar nak bagitahu dekat awak.
Isteri : Aik....semacam jer abang ni. Abang nak kahwin lain ker? Sampai hati abang buat saya macam ni. Saya dah banyak berkorban segalanya untuk abang. Kalau abang nak sangat abang tinggalkan saya.
Suami : (Sambil berlari menuju kebilik air)....Yang abang dah tak tahan ni, abang nak buang air besar!!
Isteri : Huh....hampeh betul laki aku ni!!

Kisah 3
Suami : Awak siang ikan, potong sayur dan bawang....biar saya masak!
Isteri : Taknak...abang siang ikan, potong sayur dan bawang....pastu abang masak!
Suami : Ok...abang buat semua tu....pastu awak clear dan basuh semua periuk belanga!
Isteri : Taknak jugak....abang buat semua!!
Suami : Kalau macam tu jomlah kita makan kat luar.
Isteri : Yes....!! (Senang jer nak ajak dia makan luar)

Kisah 4
Suami : Saya mandikan anak-anak, tapi awak pakaikan baju dan bagi makan!
Isteri : Taknak....abang mandikan, pakaikan baju dan beri mereka makan.
Suami : Kalau macam tu awak hantar mereka pergi sekolah...saya ambik mereka pulang!
Isteri : Taknak....abang hantar dan ambik mereka pulang.
Suami : Ok...saya buat semua...tapi lepas saya hantar saya tak balik rumah. Lepas ambik mereka pulang dari sekolah baru saya balik.
Isteri : Habis tu abang nak buat apa lepas hantar anak-anak.
Suami : Saya nak lepak kat warung Rozita si janda muda tu....hahaha
Isteri : Amboi abang ni (sambil menarik telinga suami) Kalau macam tu, abang duduk sahaja dirumah. Biar saya buat semua.
Suami : Selamat.....

Kisah 5
Isteri : Abang, bangun Solat Subuh. Waktu dah nak habis ni!
Suami : Alah...saya dah mimpi Solat tadi...orang tengah ngantuk ni.
Isteri : OK...lepas ni kalau awak nak makan atau "apa-apa" saya taknak kasi. Awak bermimpilah makan atau "apa-apa"
Suami : OK...sekarang jugak saya bangun....
Isteri : Aik....senang pulak nak kejutkan dia ni..selalu susah!

Suami Dahulu & Sekarang
Dahulu : Tengah azan masih sibuk basuh kereta.
Sekarang : Tengah azan sudah ada dalam kereta nak pergi masjid.
Dahulu : Isteri yang kejutkan Solat Subuh.
Sekarang : Suami yang bangun dahulu, Solat Tahajud dan gerakkan isteri.
Dahulu : Selalu lewat pulang dari kerja.
Sekarang : Balik awal dan makan malam bersama keluarga.
Dahulu : Selekeh aje kalau keluar kerja
Sekarang : Sudah makin bergaya...ada apa-apa ker?

Isteri Dahulu & Sekarang
Dahulu : Abang, jom tengok wayang.
Sekarang : Abang, jom dengar kuliah di masjid.
Dahulu : Abang, jiran sebelah tu pergi melancong diluar negara. Jom kita melancong.
Sekarang : Abang, jom kita pergi buat Umrah.
Dahulu : Abang, tolong pasang kuat sikit lagu tu dalam kereta.
Sekarang : Abang, pasangkan ayat-ayat Al-Quran semasa memandu yer!
Dahulu : Pakai t-shirt buruk dan kain batik dalam rumah
Sekarang : Dah pandai bergaya depan suami!
Dahulu : Abang, saya nak gelang emas!
Sekarang : Abang, saya nak payung emas!

Suami isteri kena selalu bergurau senda. Jangan terlalu serius dan mengikut ego masing-masing. Komunikasi amat penting agar menjamin kebahagiaan rumahtangga. Walaupun kita mempunyai banyak masalah peribadi dan masalah ditempat kerja tetapi jangan dibawa kerumah kerana itu akan menghilangkan mood apabila dirumah bersama anak-anak dan isteri.

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.