Kes Rasuk di UiTM Lendu Komen senior

salam . kebelakangan ini kecoh perihal kes rasuk di UiTM Lendu . saya merupakan bekas pelajar di sana berasa hairan . sejujurnya ketika saya masih menuntut di sana memang berlaku perkara sedemikian . adat di mana sahaja tempat bukan kita manusia sahaja penghuninya . di sekolah berasrama juga ada perkara sedemikian . namun , apabila saya membaca entry daripada salah seorang pelajar iaitu http://theruzannapages.wordpress.com/ buat saya dan rakan alumni lain terkejut dan da juga yang tidak percaya . betul kami tidak berada di tempat kejadian akan tetapi kam pernah berada di sana . sejujurnya makluk itu ada . jika kita tidak menganggunya dan menjaga amalan , batas dan niat kita baik , pasti perkara sedemikian tidak berlaku . betul kata NYDP UiTM Lendu dalam kenyataan beliau http://mynewshub.my di mana kebanyakkan pelajar tidak menjaga kebersihan diri mereka . ya . itu memang betul . benda itu sukakan benda kotor . saya tidak menolak wujudnya entiti lain daripa pelajar itu sendiri

Kepada adik di UiTM Lendu.
Di harap jaga diri , jaga amalan dan kebersihan diri . Ia melibatkan 'Mindset' seseorang . Jika terlalu percaya pasti muncul . Jika terlalu taku akan mengganggu . Benar kata mereka jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani . di harap selepas ini adik semua tidak menokok tambah cerita dan menyeru benda itu muncul.

Kepada alumni dan rakan lain.
Sama kita berdoa kepada kesejahteraan mereka . jangan di takutkan mereka . jika punya ilmu jemput ke sana membantu meredhakan keadaan . Kampus UiTM Lendu merupakan antara kampus terbaik dalam UiTM . usah di burukkan namanya . Semua kampus mempunyai masalah cuma kali ini kita kena tempiasnya.

Akhir kata , entry ini bukan untuk menghentam sesiapa atau mendabik dada . sekadar ulasan apa terjadi . walaupun agak bias entry ini ( siapa tidak sayangkan kampusnya ) namun itulah keadaan sebenar . Jika ada kesilapan di dalam entry harap di maafkan . Saya doakan semoga semua dalam keadaan sejahtera.

4 ulasan:

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.