Review Filem Hantu Kak Limah 2 : Husin , Mon & Jin Pakai Toncit


salam . sepanjang minggu ni memang busy dan sudah lama tidak menonton wayang . Hajat di hati sudah lama mahu menonton Juvana tapi tidak sempat . Selalu buka Showtimes Malaysia antara web paling cepat nak check waktu tayangan filem . Oleh kerana hari rabu murah cuba la check sekali tengok citer tayangan 7hb Feb di tayang awal pada 6hb Feb . Tadi bersama 4 rakan pergi la ke AEON Bandaraya Melaka . Baru hendak beli tiket jam 11.00pm sekali seat penuh . Jadi kami beli jam 12.00am . Entri ini ditulis sejurus balik dari AEON

Mesti semua hendak tahu review filem ini . apapun nak kasi tahu semua ada pendapat sendiri dalam menilai sesuatu filem

Sinopsis :

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.....

Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...?

Review :

Permulaan cerita ini menceritakan perihal tahun ( sila perhatikan tahunnya jika rajin kira la ) dan watak ketika itu hilang . Selepas itu muncul la Husin ( Awie ) balik ke kampung kerana muflis tersebut dengan kereta buruk ( lawak ) . Selepas itu satu persatu watak dari cerita Hantu Kak Limah 1 muncul seperti Pak Abu , Pak Jabit , Wan , Usop dan banyak watak baru . Siap ada watak anak ikan Usop tak silap . Kurangnya watak Abi ( Johan ) sudah tiada . Dulu Johan antara modal lawak . Selepas itu , banyak la perubahan dan lawak Klise . Seperti ranting la dan elemen seram dan......Muncul watak baru iaitu Dr Samsudin ( lakonan Rashidi Ishak ) dan konfliks antara penduduk . selepas itu ada sikit elemen fear factor dan ....... ( xkan nak cerita sampai habis cerita tu )

Positif

  • Lawak walau ada klise tapi tetap terbaik
  • Pilihan lokasi cantik

Negatif

  • Sumpahan filem sequel melanda filem ini apabila perbandingan yang nombor 1 lebih best
  • Banyak lawak yang predictable ( bernasib baik sebab pelakon best )
  • Ending yang tidak seperti apa kita harapkan
  • Video klip di tengah tu x perlu kut ( maybe sebab tengok kul 12am sleepy )
Konklusi

Filem ini antara filem menarik untuk di tonton ketika cuti sekolah bersama famili . Seronok dan menghiburkan . tidak rugi . Jika hendak menonton jangan letak expectation tinggi seperti saya . cukup sekadar nak berhibur . Jujur mmg terhibur , biasa la semua ada persepsi sendiri . wajib tonton dan berbaloi . 4 bintang



2 ulasan:

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.