Jom Poligami : Surat Rasmi untuk tambah kuota

sumber :  dari blog abg benashaari ( dia nak tambah kuota ke )

Maaf yer.. Ini aku copy paste . Sumber asal , aku tak pasti mana … Jadi kalau ada yang kata ini hak dia , maafkan saya la yer .. Sebab penyebarannya tidak terkawal tanpa sebarang tanda hakmilik rasmi .. heee ..
Tapi sesungguhnya ianya melucukan ! Surat ini sekadar satu gurauan ringan je. Jangan amik serius sangat yer .. heee ..

Contoh surat rasmi utk tambah kuota
Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.
Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...


Menariknya siap ada balasan tu ! Tu pon tak tau la dari mana puncanya …

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk. 
2. Terima kasih kerana telah memaklumkan saya tentang calon ke dua yang bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai isteri nombor 2 kanda. Ermm… Cik Hana Fazura binti Ramli ya namanya ? Sedap sungguh nama itu kanda. Ohh…saya pasti dia memang menunjukkan komitmen yang baik di pejabat . Maklumlah kejab lagi jawatannya semakin tinggi kan ?? Dulu saya pun bekas setiausaha kanda juga dan kanda kata taraf saya akan naik lebih tinggi setelah bergelar isteri. Tapi macam biasalah baru kawin memang kanda cakap saya ‘ cute ‘ dah lama kanda cakap eh..eh..saya ‘ comot ‘ pulak. Tak apa …jangan risau Cik Hana Fazura akan melalui frasa yang sama seperti yang saya tempuhi nanti , bila ada permohonan ke 3 dan ke 4 yang bakal menyusul. Kita tengok nanti surat jawapannya macam mana pulak kan ??
3. Saya memang tiada sebarang halangan untuk kekanda berkahwin lagi, maklumlah poket kanda sekarang ni tengah tebal, tentulah jalan pun tak pijak bumi. Tapi seingat sayalah poket kanda memang semanjang menipis sejak dari azali. Jangan lupa kanda, duit ASB tu saya yang masukkan ke dalam akaun kanda setiap bulan setelah menyisihkan sedikit dari duit belanja bulanan yang kanda biasanya bagi hanya seciput. Kanda tak rasa kejam ker ? Ehh…memang tak rasa kut sebab biasanya orang lelaki memang suka jalan dengan mata terpejam. Kecuali nampak perempuan bogel …sakit terbaring pun boleh bangun - yer tak kanda ? Kusss semangat. Gagah Ali, gagah Musa, masa menghabiskan duit memang tak terasa !
4. Saya faham kanda memang pemurah sebab itu semuanya kanda nak sedekahkan..betul tak ? Insyallah orang pemurah resekinya akan bertambah. 
Jangan risau cukup masa Cik Hana Fazura pun akan menjadi ‘gedabak’ seperti saya dan saya kira waktu tu permohonan ke tiga bakal menyusul kalau pun tak serentak dengan permohonan ke empat. Mungkin saya akan tetap begini juga dari saiz kerana saya dah kebal tapi Cik Hana ??? Mungkin potongannya boleh jadi guitar semula kut.
5. Bab waktu kerja yang lebih menguntungkan ni memang saya suka . Saya tak ada halangan di bahagian ini. Kanda ingat seronok ke saya asyik buat air Nescafe untuk kanda 8 hingga 14 cawan setiap hari terutamanya waktu hujung minggu. Nescare tu bagus ke untuk diminum selalu ? Lenguh tau tangan asyik bancuh air ! Tak pe, tak pe, biarlah orang gaji baru tu buatkan untuk kanda semantara waktu ni. Sampai masa nanti dia pun bosan juga buat air untuk orang yang tak berhenti haus ni . Wek !!
6. Jangan risau, permohonan kanda memang telah melalui procedure yang betul.
Saya jamin tiadk akan ada periuk dan pinggan yang melayang. Sebab semua periuk dan pinggan yang saya beli jenis mahal. Nak buat apa saya pecahkan untuk kanda ?
Lagi pun bukan kanda yang belikan pekakas tu untuk saya selama ini kan ?? Saya beli sendiri – guna duit saya sendiri. Apa ke hal nak pecahkan untuk kanda pulak ? Ehh saya masih waras. Tidak akan saya menjatuhkan air muka saya sendiri semata-mata kanda nak kan Cik Hana Fazura tu. Sebaliknya saya kan sambut dia dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan seperti yang kanda inginkan. Tapi ingat kanda – 3 malam dengan dia, 4 malam dengan dinda. Kalau tidak ????? Siap kanda !!
7. Untuk makluman kanda juga adinda memang telah meluluskan permohonan ini. Surat izin nikah pun dah dinda sign dah sudah pun diletak di atas meja. Maklumlah kalau dinda tak sign pun tak guna, kerana kita sama-sama boleh tiru tanda tangan masing-masingkan ??? Belailah selagi larat. Usia kita dah meningkat, sama-sama semakin tua. Esok lusa bila Cik Hana Fazura dah penat…kanda cari saya juga kan ?
Time tu kanda jangan lupa, ada lori ada bas, salah masuk… memang saya tebas ! Jaga-jaga ya kanda.
8. Akhir kata, saya doakan semoga kanda masih boleh menjadi suami mithali kepada kami tapi please la..dont take everything for granted sebab saya takut kanda terlupa harimau yang kanda bela ni sebenarnya terdiri dari keluarga kucing. Kadang dia manja, kadang dia bermain di celah kaki, tapi sesekali kukunya mencakar…..stand by minyak gamat ya kanda.
Yang ikhlas
Isteri mithali mu yang bakal dapat payung emas.

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.