TIPS APABILA MAHU MULA BEKERJA / KERJAYA

Salam...

Mirul just nak share keperluan apabila kita mula bekerja.

Dulu mirul pernah share tips interview dan exam.

Ini berdasarkan pengalaman. Keperluan apabila kita hendak mula bekerja. Sebagai fresh graduate atau baru nak cari kerja serta sudah dapat kerja, ini merupakan panduan keperluan anda sebagai individu supaya bersedia kelak.

1. Pakaian
Pakaian ini subjektif. Ia bergantung kepada suasana kerja. Jika memerlukan anda berpakaian korporat harap dalam almari ada pakaian tersebut.

Lelaki : kemeja , seluar slack , kasut, belt , stoking, tie semua mesti da ada. Jika tiada start beli time belajar supaya anda bersedia. Jika masih boleh pakai , pakai je. Rule dia janji nampak smart ketika pergi kerja.

Perempuan : banyakkan pakaian spt baju kurung / korporat utk di ofis. Kasut bersesuaian.

Jika bekerja di jabatan kerajaan sediakan baju batik dan baju melayu utk hari khamis dan jumaat. Sediakan juga baju utk acara tertentu.

Kalau mampu elakkan ulang baju / tudung. Tapi okay je asalkan kemas dan basuh selalu ye. Hehe

"Berpakaianlah seperti seorang pekerja bukan pelajar atau ke kenduri kahwin"

2. Beg

Beg ni optional. Ada je x bawak.

Lelaki : lebih elok ada beg korporat utk simpan dokumen dan sedikit alatan mcm hp,wallet dan sbginya.

Perempuan : jangan bwk beg mcm ada pampers anak, botol susu sume tu. Saiz yg kecil dan muat utk brg keperluan.

3. Kasut

Sila sediakan kasut lebih di ofis dan di rumah sbgai langkah berjaga jika perlu hadiri mesyuarat.

Selipar perlu kerana jika hendak ke tandas dan solat. Juga elakkan bau stoking dan kaki busuk

4.alatan tulis

Alatan tulis ada je company sediakan tp lebih elok kita ada sendiri utk kemudahan.

5. Hiasan diri

Kalau dulu pemalas. Rajinkan diri berhias dandan kerana biar selesa apabila berurusan dengan orang. Ia beri konfiden kpd kita.

6. Makanan ringan

Sentiasa ada stok di ofis utk kunyah atau jika lapar xsmpt nak lunch. Sbb kita perlu tenaga utk bekerja

7. Hiasan ofis

Belilah perfume ambi pur tu ke atau apa sahaja hiasan kerana mcm mana ofis kita macamtulah diri kita.

First impression is very important

Kebanyakkan syarikat menggunakan gajet sebagai medium berhubung. Contohnya whatsapp dan email. Jadi sediakan hp yg boleh support apps berkenaan xpun gaji beli la. Hp pun da turun harga.

Rasanya cukuplah di situ. Jika ada benda lain boleh sahabat tambah di komen. Salam

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.