Siapa sangka.
Kita akan berada di tempat ini pada masa ini.
Memori membawaku kembali tatkala guru menanyakan apakah cita-cita.
Guru : " murid semua, cikgu nak tanya besar nanti nak jadi apa? Kamu Syed?"
Aku : " saya nak jadi Dr Mahathir"
Zaman itu zaman Tun.
Seorang pemimpin.
Sucinya fikiran seorang budak darjah 1.
Tatkala menginjak ke menengah rendah. Cita-cita sedikit bertukar tatkala realiti mula menampar.
Lantas.
Garis masa mula berlalu.
Tatkala slip PMR di tangan.
Mana hala tuju?
Masih mahu menjadi Doktor?
Atau pendidik ?
Apabila keputusan SPM diumum
Ku dakap erat ibu
Aku derita mengejar cita
Adatlah selepas SPM
Keliru mana mahu pergi
Kerja sambilan.
Tingkatan 6 ku hadiri.
Seronok.
Tapi aku cemburu melihat sahabat lain
Aku dapat matrik.
Aku masuk diploma.
Aku masuk asasi.
Aku further oversea.
Apabila panggilan Diploma ku terima tanpa berfikir panjang aku daftarkan diri.
Wah... macam cerita Dunia Baru
4 tahun aku habiskan masa
Segulung Diploma telah ku terima
Ijazah sudah dalam genggaman
Adakah aku sudah puas?
Apa mahu aku capai?
Apa mahu aku buktikan?
AKU MAHU BERJAYA!
AKU MAHU KAYA RAYA!
AKU MAHU KERJA TETAP!
AKU MAHU ADA PHD!
Betul
Kemahuan itu ada.
Usaha aku ?
Semua berlaku terlalu pantas.
Banyak perlu aku rentas.
Aku lemas.
Lemas dalam kehendak dan keperluan.
Impian aku besar.
Semoga aku dipermudahkan.
Pernah sahabat aku berkata
Apa kau nak kejarkan?
Apa kau nak buktikan?
Belajar erti syukur
Belajar erti hakikat
Jujurnya
Aku sedang karam
Aku merancang
Tetapi jalanku suram
Betulkah jalan ini
Jalan yang aku sendiri pilih
0 Sakit Hati:
Catat Ulasan