Kisah 13 Mac 2015

Di pagi hari di prank oleh team admin dan hea. Dengan bos sekali plan buat makan. Terima kasih sangat jujur akan rindu nasi goreng kak mazni, kek kak naz , nuget ahnaf goreng dan geng2 admin yang berlakon...

Di petang pula dapat jambangan kitkat. Ada gambar geng tingtong. Mula macam siapa kasi. Rupanya depa pakat hias. Seyes x expect. Sebolehnya xmau susahkan sesapa.

Sebelum balik dapat bungkusan oleh team ustazah intan, puan aishah, puan farhana, kak hajar. Siap cakap jangan jatuhkan. Thanks ye akan saya guna kat tmpt baru nanti.

Pastu kak naz kasi hadiah jugak. Nanti saya letak kat meja ofis baru ye kak. Thanks kak.

Bila malam memang tak fikir pape. Tepat jam 12am tadi ingatkan ajaran sesat mana datang rupanya sahabat jauh datang. Setelah berjaya di seka kolam mata, tumpah jugak. Siap pakat dengan housemate. Bertuah betul. Jujur mirul ingat kowang lupa. Maybe hari tu last jumpa sebelum balik jb. Thanks for the cake. Seyes terkena.

Apa pun makin lama makin berat hati nak bawa diri ni.

Bersyukur kerana di perjalanan hidup ini masih di anugerahkan sahabat,teman,taulan yang baik.

Terima kasih kerana sentiasa ada tika suka tika derita. Semoga ukhwah kita kekal subur.

Tipulah tak sedih.
Terima kasih semua staf UiTM Seremban, UiTM Kuala Pilah, team fasi, team sahabat jauh, team tingtong dan semua yang banyak membantu. Mohon di halalkan semua ilmu dan apa terlebih terkurang.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

UiTM Sentiasa di hati.

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.