Kisah si penjual

Sedang kita enak menjamu selera di kedai makan pasti ada tamu yang hadir menyapa. Jika mood kita baik, kita akan layan dengan baik. Jika sebaliknya , wajah tamu akan berubah hampa. Ye la kalau masyarakat yang berbudi akan kata

'Maaf ye'
'Takpelah'

Tapi ada yang buat bahasa tangan tidak sambil tersenyum

Tapi ada juga yang menengking

Saya personally kadang tu rasa kasihan tapi kadang tu rasa offended sebab tgh khusyuk berborak depa datang.

Tapi bila saya buat muka masam / jeling rasa bersalah pula. Depa nak cari rezeki. Kenapa aku nak halang. Cubalah ckp.elok sikit.

Dr pihak individu yg di ganggu atau di promote itu yg kebanyakkan kita rasa. Tapi bagi pihak penjual?

Kes 1

Masa saya belajar di lendu dulu ada adik budak sek rendah bawa bakul jual kuih. Saya student manalah ada duit sangat (walhal dpt ptptn beli baju sakan) tapi kuih dia sedap. Selalu dia jalan bawa adik kecik dia. Bila tanya hal family dia x menjawab.

Rupanya ada kata ayah dia kahwin ramai jadi mak dia berniaga utk sara hidup

Ada kata dia kena jual kuih tu sampai habis kalau x , x boleh balik. Kadang tu jauh dia jalan demi habiskan kuih dia.

Last time ada baca orang share kisah adik tu. Apa pun bila ingat adik tu, saya rasa sebak sebab kecil lagi berusaha cari duit. Saya ni da keje pun masih berharap pada parents.

Kes 2

Kelihatan wanita berusia menjual hasil hutan dan kerepek buatan mereka. Terdetik hati fikir mengapa mereka begitu.

Ada kata di abaikan anak. Ada kata anak da jaga tapi mereka bosan duduk di rumah

Kes 3

Bangsa asing jual barang. Ada kata mereka menipu. Ada tu sebab nak hidup kat sini.

Kesimpulannya.

Sebagai individu yang di tegur, elok kita cuba berbudi bahasa. Setidaknya penjual tak bersangka buruk atau menyumpah kita.

Kepada penjual
Anda yang betul baik dan mencari rezeki saya tabik pada kegigihan anda.semoga anda di permudahkan. Yang jahat mohon untuk berubah.

Apapun semua Adam kisah sendiri. Iktibar atau panduan anda sendiri menilai.

Salam

2 ulasan:

  1. tapiiii penjual tak baca blog awaaaaa. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe la. Janji kpd yg mmbaca boleh sebarkan

      Padam

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.