Teguran bagi rancangan Majlis , Raikan Cinta dan Mahligai Cinta

Maaf terlalu lama tidak update dek kerana baru kerja dan baru sahaja nak susun jadual ( macam sekolah lak ) maksudnya nak sesuai waktu rehat, kerja, berjimba dan sebagainya.

Baiklah. Jangan salah faham tajuk entri kerana sekadar pendapat sahaja.

Siapa menonton rancangan seperti di atas?

Majlis
Merupakan rancangan memaparkan majlis keraian seperti hari jadi, baby shower, aqiqah yang unik.

Raikan Cinta dan Mahligai Cinta
Merupakan rancangan yang memaparkan persiapan perkahwinan yang mempunyai tema tersendiri.

Kebaikan
1. Membantu penonton merencana acara mereka sendiri
2. Menjadikan contoh dan panduan
3. Memaparkan keunikan acara
4. Menunjukkan rakyat malaysia kreatif
5. Platform pemasaran untuk penguasaha katerer dan lain

Kelemahan
1. Mewujudkan iri hati di kalangan penonton
2. Olahan editing boleh memberi impak negatif ( contoh : perkara2 yang tidak di lakukan dan boleh di jadikan budaya )
3. Menunjukkan kepada semua yang kaya terus kaya.
4. Memberi persepsi buruk kepada mereka terlibat dalam rancangan

Konklusi
Bukan mahu di katakan rancangan itu perlu di hentikan. Cuma di harap editing itu di perkemas dan maksud sampai oleh penonton. Ini kerana matlamat untuk berkongsi, tapi biarlah yang berpada dan masih ikut adat serta budaya kita. Janganlah terlalu melampau sampaikan salah faham berlaku.

Sekian

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.