Rasa bersalah menebal

Seperti biasa sejak bertukar ke negeri darul takzim dan tinggal bersama ibu bapa adalah menjadi tugasku untuk menghantar abah ke tempat yang di minta setiap hari. Namun oleh kerana kepenatan dan kemengantukan yang aku sendiri pilih untuk tidur lambat layankan rancangan realiti di tv menyebabkan bila abah kejut aku tidak sedar.

Alangkah kesian abah pagi ini dan perasaan bersalah itu berlanjutan sehingga aku jumpa abah malam ini. 

Teringat dulu masa bersekolah abah sanggup ni hantar awal pagi kalau ada program. Dulu tiada kereta abah hantar naik teksi dan sebagainya dah la sekolah anak dia nun jauh di bandar demi pendidikan terbaik. 

Semoga selepas ini aku kawal sedikit perasaan tersebut dan lawan sebab ramai je mereka yang tidak cukup tidur demi kelangsungan hidup.

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.