Jom Kahwin Muda

salam
dah lame mirul x update blog ni . entah la . broadband mirul ni knp ntah lately slow semacam / coverage probs kat sini x tahu la . kenapa mirul pilih tajuk ni ? bukan dah gatal nak kahwin , tapi perkara ni merupakan semua lelaki dan perempuan fikirkan . yela siapa x nak kahwin kan . entri kali ni mirul x nak sentuh isu sensitif lain ( fhm sendiri ye ) . bila bicara pasal kahwin , baik lelaki atau perempuan mesti ada cara mereka untuk memilih calon . realiti pada hari ini kebanyakkan mempunyai dua aspek 

1. ber'couple' dan kekal ke alam perkahwinan
2. stok couple lain , stok bini lain

anda di num berapa ? 
jawab dalam hati ye

mirul x nak ulas lebih tntg hal tersebut kerana semua ada cara sendiri

apa mirul nak kupas perihal kahwin muda . cube kita tanya atuk dan nenek kite zaman dulu umur belas2 dah kahwin dan bile umur 20-an dah di katakan tua . sekarang ? umur 30 tu baru kata nak bersedia kahwin . setelah di teliti , kahwin muda ni baik sebenarnye

1. bila kita umur 40 , anak dah umur 20 . die boleh jaga kita
2. ada peneman / pembimbing ketika di alam remaja 

namun ada pula suara berkata

" kahwin awal nak kasi anak bini makan pe ?"
" kahwin awal nanti x puas alam remaja "
" kebanyakkan penceraian adalah antara kahwin muda"

mirul nak share satu cerita perihal kahwin muda . cerita ini di khabarkan oleh teman mirul . ada insan ni berkahwin ketika umur 20 iaitu di sem 5 ketika diploma . ye . dah jodoh . ada cabaran beliau hadapi kerana kedua pasangan belajar di ipta . ada ketika mereka terpaksa makan mee segera dan sbgainya . namun mereka hadapi bersama . apabila lahir cahaya mata pertama mereka , rezeki melimpah ruah . sehingga sekarang beliau baru berumur 23 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata dan mempunyai kerja tetap . 

siapa kata kahwin muda x best dan ada keburukan . semua bende ada pros and cont . tapi lau kahwin biar la kerana dah smpi seru bukan di serukan oleh jakim . mirul pun lau kewangan dah kukuh nak kahwin muda . tapi niat mirul sekarang nak bantu keluarga dulu . biar adik beradik mirul dah lepas belajar dan berjaya baru mirul kahwin


3 ulasan:

  1. kawin muda tu ok tp lau x sedia nk pikul tggungjwb bek jgn kwin ;)

    BalasPadam
  2. itu pilihan dr sendri . mirul just menulis berdasarkan pendapat mirul

    BalasPadam
  3. tetibe rse nk kawen plak dh..hahaha

    BalasPadam

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.