Amy WineHouse Ditemui Mati


London – Penyanyi British, Amy Winehouse yang dibayangi masalah ketagihan dadah dan alkohol, ditemui mati di kediamannya di utara London, semalam.
Ambulans yang tiba di rumahnya selepas 5 minit mendapat panggilan kecemasan, mendapati penyanyi berusia 27 tahun itu sudah tidak bernyawa.
Punca kematian belum diketahui.
Polis dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Winehouse namun enggan mengulas mengenai spekulasi kematiannya akibat pengambilan dadah secara berlebihan.
Penyanyi lagu-lagu genre soul dan pemenang Anugerah Grammy itu kerap berdepan  masalah alkohol dan dadah sehingga ia digambarkan dalam single popularnya, “Rehab”.
Nama Winehouse melonjak ke persada seni selepas menggondol lima Anugerah Grammy pada 2006, hasil album keduanya, “Back to Black” dan single popularnya itu.
Kematiannya itu nyata mengejutkan dunia muzik.
Malah rakan baiknya, Kelly Osbourne yang banyak membantu Winehouse dalam proses pemulihan dadad melahirkan rasa terkejut melalui Twitter.
“Saya tidak dapat bernafas sekarang dan ketika ini saya sedang menangis kerana kehilangan rakan baik. Saya sayangkan Amy selama-lamanya dan tidak akan melupakannya,” demikian luahan rasa Osbourne dalam twitternya itu.
sumber : 

1 ulasan:

  1. Link Exchange with us and get a backlink and traffic for free and also monitorize your webstats,


    http://webstats.apnipie.com/

    BalasPadam

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.