Sekadar gambar hiasan dari google ( Sapa kenal nie pelakon The Vampire Diaries :: Stefan )
Ini adalah sifat yang ada dalam diri individu bergelar lelaki dari A to Z.
A – ALA-ALA
Agak mengelirukan sedikit bila ada yang dikategorikan dalam kelompok ‘ala-ala’ ini. Gaya dan perlakuannya agak mencyrigakan, bukan apa, bila ada lelaki kita anggap tergolong dalam kelompok ini sering kita anggap mereka itu adalah lelaki lembut atau istilah ‘adik-adik’. Walau begitu, tak semestinya lelaki ala-ala ini tidak berperasaan terhadap perempuan. Ingat tu! Memang perwatakan mereka itu kelihatan agak lembut, namun hakikatnya mereka mempunyai hati dan perasaan yang sama seperti lelaki gagah yang lain. Ada perasaan untuk memiliki teman wanita sendiri.
B – Bohjan
Tidak! Kategori yang paling ditakuti. Masalah sosial yang hangat menular masyarakat kita khususnya golongan remaja masa kini. Harus diingatkan, lelaki sebegini mengharapkan cinta semata-mata demi memenuhi nafsunya sendiri dan bukan kerena cinta! Awas!
C – Cemburu
Cemburu tandanya sayang, tapi kalau sudah keterlaluan itu cemburu buta namanya! Boleh dikatakan kebanyakkan kaum lelaki di zaman sekarang ini, masing-masing mengamalkan sikap mengongkong ini wujud kerana adanya syak wasangka dan tidak yakin terhadap pasangannya yang secara tidak langsung turut menimbulkan rasa cemburu yang keterlaluan dalam dirinya. Kebanyakkan wanita takkan tahan dengan sifat cemburu ini! Rimas la.
D – Dugong
Lepas makan tidur! Bila diajak keluar. Macam-macam alasan yang diberikan. Tak sihatlah! Panaslah! Banyak kerjalah! Hakikatnya pemalas! Malang bagi wanita yang mempunyai kekasih yang tergolong dalam kategori ini. Si dia tentunya sukar dia ajak keluar sebaliknya sering menghabiskan masanya dengan memerap di rumah sambil menonton tv atau tidur.
E – Emas
Jeng!jeng!jeng! pepatah ada menyebut kelapa, kalau lagi tua lagi banyak santannya. Jangan ingat lelaki veteran tiada peminat. Sebaliknya, ada segelintir kita yang menggangaplelaki yang tergolong dalam kategori warga emas ini memiliki pengalaman yang lebih dari segala segi. Secara tak langsung, perasaannya akan berasa yakin dan selamat setiap kali berdampingan denga lelaki emas ini. Lebih-lebih lagi sekiranya si lelaki itu bijak bermain-main dengan kata-kata ! lagi mudah nak buat perempuan cair!
F – Fidofilia
Harapkan pagar, pagar makan padi! Minta dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian. Individu ini sering menyimpan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya yang jauh lebih muda dari usianya. Memang bahaya lelaki jenis ini! Sifat luar biasa yang wujud dalam dirinya mebahayakan individu lain yang berada di sekelilingnya kerana wujudnya lelaki sebeginilah maka terjadilah kes-les rogol terhadap kanak-kanak.
G – Gigolo
Ganas bunyinya! Sering menjadi buruan warga emas wanita khususnya yang berada. Hubungan terjalin hanya ingin memenuhi tuntutan materialistic dalam diri semata-mata. Sanggup menggadaikan maruah untuk mengecap kemewahan dan kesenangan sekelip mata.
H – Hipokrit
Depan lain, belakang lain! Spesis sebegini memang perlu dijauhi. Kalau nak kenal individu yang dikategorikan dalam kategori ini mudah sahaja. Mereka bijak berkata-kata. Pendek kata mulutnya memang sentiasa manis! Hakikatnya, segala kata-kata yang terhambur dari mulutnya itu tidaklah semanis seperti yang digambarkan! Depan kita, pijak semut pun tak mati tapi bila belakang kita. Hanya Tuhan yang tahu. Sebaiknya selidik dahulu latar belakang lelaki itu sebelum kamu tekad untuk mengambil sesuatu keputusan.
I – Intelligent
Berpendidikan dan serba tahu! Mungkin ada yang mengandaikannya sebagai professor serba tahu. Ceritalah walau dalam lingkungan topic apa pun, dia tentu bijak berbual tapi ada kalanya perlu berhati-hati juga kereana adakalanya perasaan ego dan berlagak tahu menjadikan mereka antara yang angkuh! Bukan dengki tapi hakikatnya dalam kehidupan. Macam itulah, bila ada kelebihan dalam diri, segelintir manusia seakan mudah lupa diri. Sifat ego, pasti ada dalam diri setiap individu. Kalau tak banyak pun pasti ada sedikitkan?
J – Jambu
mmm…boleh tahan ayu juga mamat ini. Eh, betul ke macam tu! Tak sesuai tau! Memang wujud lelaki jenis yang sedemikian. Lelaki jambu dikategorikan sebagai lelaki lembut. Penampilannya kadang-kadang agak mampan seakan seorang perempuan. Namun ada kelebihannya lelaki sebegini kerana penampilannya sering kelihatan rapid an kreatif orangnya. Namun seperti lelaki ala-ala, jangan sangka lelaki jambu tiada perasaan pada perempuan kerana mereka adalah lelaki sejati.
K – Kaki Kencing
Minta dijauhi dari ditemukan dengan lelaki yang sedemikian perangainya. Pelbagai janji ditaburkan tapi tiba masanya untuk melaksanakannya, Hmm faham-faham sendirilah. Kesimpulannya di sini, jangan terlalu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang. Kala uterus melayan lelaki yang kaki kencing ini alamatnya meranalah kita nanti.
L – Loya Buruk
Bercita-cita nak jadi peguam tapi tak berkesempatan kerana taraf pendidikan yang tak mengizinkan. Ha, kemudian jadi loya beruklah dia ! Individu yang tergolong dalam kategori ini memang sukar untuk serius, tak kiralah walau dalam apa jua keadaan sekalipun, selalunya mereka kerap menjadi penglipur lara yang gemar membuat lawak silap-silap hari bulan kerana loya buruknya itu, boleh buat gaduh tau!
M – Macho
Wah ! jejaka macho menjadi idaman setiap wanita. Perwatakan yang cool dan steady pasti menjadi perhatian setiap wanita. Ada kalanya lelaki macho sering mempergunakan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk memikat perempuan. Tak hairanlah jika dia memiliki lebih dari seorang teman wanita. Namun ramai yang berpendapat, tak semestinya lelaki macho itu tampan.
N – Nangis
Lemahlah mamat nie, sikit-sikit nangis! Macam perempuan la. Mungkin hatinya selembut sutera. Mudah tersentuh bila terguris. Mungkin boleh dikategorikan sebagai mat jiwang kot. Namun harus berhati-hati kerana mungkin mamat tue berlakon sahaja. Sekadar untuk meraih simpati. Jangan mudah terpedaya.
O – Ops…
Turut dicurigai! Lelaki dalam kategori ini dipercayai sukar memikul tanggungjawab dan gemar melepaskan diri sendiri. Bijak memberi alasan demi untuk melepaskan diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang yang disayanginya itu.
P – Perasan
Akulah yang paling hensem kat sini. Kalau namanya perasan, sememangnya telah tertulis di mindanya bahawa dialah yang terbaik, kalau berada dimana-mana, khususnya di khalayak ramai tentu dia beranggapan semua orang yang berada di sekelilingnya itu kerap memerhatikannya. Hinggakan jika ada sesiapa yang cuba menegur atau berbual dengannya pasti dianggap telah jatuh hati dengannya.
Q – Quality Control
Semuanya nak perfect baik dari segi penampilannya mahupun apa jua perkara yang dilakukannya. Kualiti adalah yang paling penting bagi dirinya. Memang bagus jika bertemu dengan spesis jejaka yang sebegini namun mungkin sukar untuk dirinya mendapat teman istimewa sendiri. Sudah tentu individu yang tergolong dalam kategori ini agak ‘High Taste’!
R – Rileks
‘Cool’ dan tenang walau dalam apa jua keadaan. Lelaki sebegini bijak mengawal perasaannya dan mampu menenangkan individu lain dengan mudah. Bertuah jika mengenali lelaki rileks ini kerana sesuatu keputusan yang dibuat bukan dengan cara yang terburu-buru sebaliknya dia akan berfikir panjang sebelum bertindak.
S – Syok Sendiri
Kes berat ni jika syok sendiri. Dikhuatiri akan menimbulkan sifat perasan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan hati dan perasan individu lain. Mereka yang bersikap syok sendiri ini harus bijak mengawal perasaannya sendiri kerana bimbang sekiranya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenagi hati wanita yang diminatinya itu. Sedangkan dia hanya syok sendiri! Hal ini bakal menyusahkan orang lain pula.
T – Tulen
Lelaki sejati turut menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Lelaki tulen sudah tentu memiliki karakter yang berkarisma. Biarpun dia tidak memiliki rupa paras yang terlalu kacak. Namun sikap kelakiannya itu sudah cukup memikat gadis-gadis di luar sana.
U – Universal
Sikap terbuka dan sedia menerima, menjadikan dirinya seorang lelaki yang disenangi dan mudah didekati. Selalunya lelaki yang tergolong dalam kategori ini mudah untuk mendapat teman kerana bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lebih menarik, lelaki universal ini tentunya tidak memiliki banyak kerenah.
V – Vouge
Wah, sentiasa menjaga penampilannya namun agak cerewet sedikit dan gemar mengkritik orang lain. Diakui lelaki vogue ini memiliki penampilan yang menarik dan sentiasa kelihatan kemas. Jangan terkejut bila melihat jenama barangan yang dipakai pastinya yang mahal-mahal demi menjaga status.
W – Was-was
Gunakan tanpa was-was, sekiranya perasaan was-was timbul dalam diri adalah lebih baik kita cuba menghindarinya. Perasaan was-was timbul apabila kita menyimpan perasaan keliru dan curiga terhadap sesuatu perkara. Begitu juga seperti kita berhadapan dengan lelaki kategori ini. Persoalan was-was ini sering melibatkan soal yang berkaitan identity dalamannya.
X – X-Files
Misteri dan menjadi tanda tanya. Sukar untuk membongkar peribadi lelaki misteri ini kerana sikapnya yang sentiasa berubah-ubah dan amat sukar untuk ditafsirkan. Mungkin pasangannya akan mudah bosan dengan sikap lelaki seperti ini kerana tingkah lakunya yang sukar dijangka.
Y – Yo-yo
Gemar tarik tali kerana takut terikat dengan komitmen itulah adalah erti kata terdekat untuk membongkar peribadi lelaki yo-yo ini. Kadangkala kerana sikapnya yang kurang matang menjadikan mereka sebagai individu yang takut untuk memikul tanggujawab.
Z – Zebra
Memang bahaya ! lelaki zebra atau hidung belang sering melakukan perkara atas sebab-sebab tertentu khusus untuk kepentingan diri sendiri. Lelaki dalam kategori ini lebih dikenali sebagai kasanova!
Thank You For Reading (^_^) sumber :
0 Sakit Hati:
Catat Ulasan