Kemasukan Lepasan SPM

Salam
Malam ini mirul nak share panduan untuk adik-adik lepasan SPM bagaimana untuk melanjutkan pelajaran

1. Matrikulasi

Matrikulasi menawarkan sains biologi , sains fizik dan akaun . Jika berminat hendak sambung ijazah dengan cepat di dalam dan ke luar negara . Masuk matrikulasi . Durasi setahun . Namun , perlu ingat sijil matrikulasi tidak boleh untuk mencari kerja . Cukup sekadar medium meneruskan pelajaran dalam bidang kedoktoran , kejuruteraan atau akaun . Tetapi keputusan SPM mesti layak untuk masuk dan selepas di matrik keputusan harus cemerlang . Jika tidak akan dapat kursus yang tidak kita minat atau susah untuk sambung ke peringkat seterusnya

2. Asasi

Asasi seperti matrikulasi . Kursus ini di tawarkan di kebanyakkan universiti . Kursus ini setahun sahaja . Keputusan SPM perlu lepas kelayakan . Antara asasi yang ada ialah Sains ( untuk perubatan ) , TESL ( bahasa inggeris / teaching english as second language ) , Kejuruteraan dan Undang-undang . Keputusan perlu terbaik dan kebaikannya adik sudah dalam sistem universiti tersebut dan pasti akan di tempatkan di universiti tersebut berdasarkan kelayakan dan prestasi dalam asasi

3. Diploma di Universiti

Diploma seperti mana ada 2 tahun setengah dan ada 3 tahun . Banyak kursus . Sila pilih kursus yang di minati dan bersesuaian dengan keputusan SPM . Sijil ini boleh untuk mencari kerja . Dalam kerajaan di N27

4. Politeknik

Di politeknik juga ada diploma . Perbezaannya ialah di sini lebih kepada praktikal . Kemahiran di asah . Durasi 3 tahun . Pilih kursus yang bersesuaian .

5. Pra-Diploma

Kursus ini 6bulan sahaja . Untuk membantu adik yang tidak memenuhi kriteria . Walau lewat 6bulan namun adik boleh memilih kursus yang di minati . Pastikan mendapat keputusan terbaik . Seperti UiTM menyediakan Program Mengubah Destini Anak Bangsa iaitu pra-diploma untuk adik yang tidak memenuhi kriteria dan mempunyai keluarga yang berpendapatan bawah 2k .

6. STPM

STPM berdurasi 1 tahun setengah dan telah di naik taraf . Sijil STPM boleh di bantu dalam mencari pekerjaan . Jika keputusan cemerlang dan mencapai kelayakan boleh terus ke peringkat ijazah . Namun , peperiksaannya agak susah kerana ia di uji pada satu peperiksaan besar berbeza dengan diploma , asasi , matrikulasi dan pra-diploma di uji pada hujung semester . Adik harus mendapat keputusan terbaik jika tidak sukar untuk meneruskan pelajaran dan kebarangkalian memasuki diploma daripada ijazah juga tinggi .

Terdapat juga IPTS dan Institusi lain untuk meneruskan pelajaran . Pilih kursus sesuai dengan keputusan SPM dan di minati . Jika adik mahu semak kelayakan boleh layari www.selangkah.uitm.edu.my . Klik pada semak syarat kelayakan dan akan keluar senarai kursus yang layak adik pohon berdasarkan keputusan . Zaman dulu tiada sistem ini . Kebanyakkan kami hanya memohon kursus ikut kata kawan dan minat oleh itu sukar menempatkan diri ke IPTA dan dapat kursus yang tidak kita minati . Jika keliru boleh buat Uji Minta Kerjaya di situ . Harap ini membantu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.