Kemasukan Lepasan STPM

Di entri sebelum ini telah di nyatakan untuk lepasan SPM . Kali ini hendak menceritakan untuk lepasan STPM . Untuk lepasan STPM tidak banyak . Dia lebih fokus kerana ketika ini para pelajar telah pilih hala tuju ketika mengambil subjek di STPM

1. Ijazah dalam negara

Sudah semestinya mereka akan ke peringkat ijazah . Namun , perlu lepas kelayakan . Sebagai contoh keputusan perlu cemerlang dan jika mahu meneruskan pelajaran MUET ( Malaysian University English Test ) perlu lebih daripada band 3 .

2. Ijazah luar negara

Perlu mempunyai band 4 atau lebih untuk MUET dan menjawab IELT ( International English Language Test ) tak silap la . Dan lepas syarat kelayakan universiti luar dan sebolehnya dapatkan Tajaan Biasiswa .

3. Diploma

Ini antara yang cuba di elakkan oleh lepasan STPM . Kerana mereka rasa telah membazirkan masa mereka menduduki STPM . Tetapi ini hanya di ambil jika mereka tidak lepasi kelayakan ke peringkat ijazah

4. Bekerja

Boleh bekerja menggunakan sijil STPM . Jika untuk kerajaan boleh ke SPA . Jika untuk private boleh sahaja hantar resume atau isi di jobstreet .

Seperti untuk lepasan SPM . Anda boleh semak syarat kelayakan di www.selangkah.uitm.edu.my dan klik STPM . Jika tidak tahu hendak pilih kursus mana sila isi uji minat kerjaya . Harap ini membantu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.