Kisah Pasar Malam

Jom jom ke pasar malam . Jujurnya lagu ini boleh menjengkelkan tapi bila fikir balik ia merupakan salah satu usaha mempromosi pasar malam.

Siapa tidak pernah ke pasar malam? Mesti semua suka ke sana tapi tidak sering ke sana.

Masa kecil dahulu bila abah ajak ke pasar malam boleh menjerit keriangan sebab tahu boleh dapat mainan. Dulu game tetris tu da cukup buat kita seronok.

Di zaman universiti, setiap selasa khamis ada pasar petang sebab tak sempat malam da habis makanan. Balik kelas mesti pergi beli makanan sedap dan lepak dengan classmate di tepi tasik.

Terpukul untuk update kisah ini apabila semalam balik kerja pergi pasar malam area rumah sewa. Seronok dan itulah simbol 1 malaysia. Semua berniaga.

Sedar atau tidak di situ lubuk rezeki rakyat malaysia. Makanan ada banyak jenis. Pakaian. Peralatan. Semua ada. Harga rasa murah sedikit daripada pasar raya. Kualiti dan rasa lebih baik dari tempat lain. Namun, rakyat kita suka jenama dan kelas. Apa kelas lepak pasar malam.

Perjalanan di pasar malam penuh cerita. Lihat wajah peniaga. Ada yang penuh sugul perihal untung rugi. Memang adat berniaga. Tapi jika kita rungkai setiap kisah mereka mesti kita akan lebih tersentak.

Pernah ketika hendak ke sana tapi hujan. Cuba ke sana tapi peniaga cuba tutup dan plastik ada sampai tutup terus lantaran hujan terlalu lebat.

Bukan hendak khabar hak mereka. Sekadar memberi kesedaran bersama sokong usaha rakyat malaysia. Kalau bukan rakyat sendiri, jadi siapa?

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.