Sebenarnya suka tengok filem terbitan RedFilm. Track record mereka iaitu Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, dan Kami Histeria memang terbaik. Arahan Bernard tidak pernah mengecewakan.
Mostly cast sume yg dr 3R dan mmg berlakon best.
Jujurnya tak plan nak tengok wayang pun mlm ni. Sebab ada workout session dan bola. Tapi sebab perlukan therapy untuk release tension so pujuk geng tengok cerita ni.
Why cerita ni? Ofcoz sebab Fazura dan Lisa.
Rasanya tak baca pun novel tu. Ke tak sempat?
Okay.
Tadi tengok kat TGV
Kalau kat sini setiap khamis pakai debit / kredit kad Maybank dapat buy 1 free 1
Nasib dlm kad ada duit. So beli lah dan untung sebenarnya.
Review
1. Jalan cerita
Jalan cerita dia berkisar Ifti yang jadi mama kepada anak sedara kerana abg ipar dia x dpt jaga dan akak dia meninggal kerana kanser. Then dia fobia mencari cinta kerana di tipu dan tengok kakak dia di dera / tipu oleh lelaki. Sampai satu tahap adik dia Izi nak kahwin tapi xnak langkah bendul. So dia nak kenalkan dengan kawan bakal tunang dia. Kakak dia kata xnak.
Tiba ketika dia asyik jumpa mamat ni si Nazmi. Dan adalah moment romantik di Turki. Tapi Nazmi tu di lihat bersama isteri dan anak di Publika.
Sampai di decide nak kahwin dengan abang ipar dia.
Macam mana dia ke turki? Kenapa turki?
Nazmi da kahwin? Jadi ke dia kahwin dengan Bakhtiae?Itu kena pi tengok okay.
2. Cinematography
Seyes terbaik. Rasa macam nak pi sana. Cantik. Dan shoot amik semua buat kita excited. Especially scene atas belon panas.
3. Pelakon
Pilihan kali ini semua terbaik. Cuma bila lisa jadi adik kepada fazura macam tak kena. Lisa nampak tua sikit. Apa pun lakonan Ogy, Erma semua best.
Erma? Hehe dan pastikan layan tengok makcik dia dan scene comel Fazura.
KRITIKAN
1. Scene sedih tu ada sedikit loose. Tak sampai sedih dia sikit ( lain orang lain taste kan )
2. Ending dia macam pendek je. Apa jd kat datin tu
3. Terlalu ramai artis hebat sampai scene mereka x banyak. Expect more.
KESIMPULAN
Satu olahan baik. Cukup perisa ada lawak, sedih, romantik. Kalau nak tengok boleh layan mood tu. Cuma jangan expect lebih dan enjoy the cinematography. Worth it utk di tonton.
Saya kasi 4/5
Opinion berbeza. Mohon share opinion anda selepas tonton ye.
0 Sakit Hati:
Catat Ulasan