Budaya 'menanam' oleh orang Melayu

Salam

Oleh kerana mendapat banyak notifikasi jemputan ke walimah sahabat , terasa terpanggil untuk berkongsi sedikit informasi perihal budaya menanam.

Apa itu budaya menanam?
Dia bukan seperti
'Ku tanam selasih... ku tanamkan di hujung halaman' cewah atau pun bercucuk tanam. Baiklah, orang timur banyak adab ketimuran yang masih di jaga. Antaranya menanam budi. Ia ibarat kita berbudi kepada orang kelak oran berbudi kepada kita.

Jadi apa kaitan menanam tersebut dengan generasi sekarang.
Baiklah, benda mudah. Kita sering kata
'Weh tak ajak'
'Kau tak ajak aku dulu, jadi aku tak ajak kau'

Ibaratnya begitu. Justeru, jika kita mahu orang hadir kenduri kita, kita hadirlah kenduri orang lain.

Jika dulu kala, kenduri di buat secara rewang bahkan tuan rumah akan mencatit barang apa diberikan oleh sipulan sipulan.

Contoh :
Kenduri rumah cik senah, cik kiah kasi 10 kampit beras. Nanti,  kenduri rumah cik kiah, cik senah kasi 10 kampit beras.

Ada juga catit nama dan jumlah salam keruk @ kaut. Di sampul tulis nama.

Budaya ini bukan budaya tak elok atau seperti mengungkit. Tapi adab timur yang halus sopan santun. Ibarat orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Tanpa sedar kita masih terikat dengan budaya dan adab ini. Hatta kita masih di era modenisasi janganlah lupa budaya kita.

Akhir kata, cubalah menanam di kenduri orang , nanti mesti dia datang kenduri kita.

P/s : tapi jangan harap budi di balas. Tak elok ye.

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.