Kisah perihal aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Wah.
Ini bukan kisah lirik lagu Tegar. Tapi inspirasi daripada lagu tu la. Cewah. Pengemen ke? ( idok la ada la sikit pengemis cinta. Erk )

Habis tu kisah apa?
Kurus ke gemuk?
Adalah sikit. Hehe tapi kawan kata they like the new me. Nampak better daripada cengkung dulu. Entah la. Depa kata. Aku tulis ja.

Ini kisah pasal komunikasi.
Kebanyakkan kita hadapi masalah komunikasi. Baik sahabat. Adik beradik. Kekasih dan sebagainya.

Tapi apa aku ingin kupas ialah perihal bagaimana komunikasi dipengaruhi oleh masa dan keadaan.

Betul tak frasa ni

"Kawan kita di sekolah rendah tidak kenal siapa kita di sekolah menengah,
Kawan kita di sekolah menengah tidak kenal siapa kita di diploma, kawan kita di diploma tak kenal siapa kita ketika degree dan kawan kita ketika degree tak kenal siapa kita di tempat kerja"

Fasa kehidupan itu bergantung pada fasa anda hadapi sendiri. Kenapa? Ini kerana

Pertama : Masa
Durasi masa kita berkomunikasi itu mungkin kurang menyebabkan stigma perangai atau watak itu masih sama. Contohnya, bila kita belajar di tempat lain dan sahabat di tempat lain, kita akan habiskan banyak masa dengan kawan di tempat baharu. Sahabat hanya bila cuti sahaja. Justeru, komunikasi itu terputus dan mula pudar. Bila bertemu akan janggal dan mula buat hal sendiri

Kedua : suasana
Suasana memainkan peranan di mana kita akan belajar untuk di pengaruhi oleh keadaan persekitaran menyebabkan kita matang dan berubah tanpa sedar. Lantaran itu, tidak hairan bila berlaku salah faham dek kerana tidak melalui keadaan sama. Sampai keluar ayat ' kau tidak faham aku '

Memang ada applikasi untuk berhubung. Tapi berapa ramai masih berhubung mesra. Ada ambil masa lama untuk kembali erat. Aku sendiri left beberapa group sek sebab awkward dan misscom.
Tapi ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Lain orang lain caranya. Ada sahaja masih rapat.

Apa pun semoga kita semua dapat perbetulkan salah faham itu.

Salam

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.