Pengukuran kejayaan individu bukan berlandaskan perbandingan. Hatta anda rasa anda tidak berjaya bila lihat sahabat lain capai perkara yang anda tidak capai dan akan akan senyum bangga bila sahabat lain tidak berjaya seperti anda.
Tidak salah menjadi individu yang suka bersaing kerana ada yang menjadikannya lebih bersemangat untuk capai namun kebanyakkannya lebih cenderung untuk terjun ke lembah duka derita kecewa.
Tuntasnya, kejayaan setiap individu itu berbeza kerana ada di antara mereka mengecapi kejayaan kerana usaha , ada yang kerana pengorbanan yang mereka lakukan dan ada juga kerana rezeki. Untuk menjadikan anda lebih optimistik.
"Kejayaan kita apabila kita berjaya capai perkara yang kita rasa kita tidak boleh capai atau bermimpi untuk gapai, lihatlah kembali apa yang telah anda kecapi dan jadikannya lebih positif kerana anda sendiri merasai kemanisan itu daripada jerit perih anda hadapi sama ada anda sedar atau tidak"
"Hidup ibarat kanvas, berus dan warna disediakan dan pilihan di tangan anda untuk mencoraknya supaya di akhirnya kanvas itu boleh di bingkaikan dan di gantung dengan perasaan bangga yang anda sendiri rasa"
0 Sakit Hati:
Catat Ulasan