Pengalaman proses pemilihan Pegawai Tadbir Gred N41 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

Salam
Baiklah oleh kerana masih fresh nak share pengalaman terlibat dengan pemilihan jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 di bawah kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.
Pertama
Sesi peperiksaan

Kali ini peperiksaan di jalankan di bawah kerjasama suruhanjaya perkhidmatan awam pusat iaitu di putrajaya. Sepertimana trend peperiksaan bagi jawatan kerajaan peperiksaannya 'online'

Bagi peperiksaan spaj ini mempunyai 3 bahagian.
Bahagian 1. Pengetahuan Am dan oleh kerana pernah mengambil peperiksaan seperti ini agak terkejut sebab soalan berkisar sejarah negeri johor. Nasib baik pernah baca dan tonton teater Wira Samudera. Hehe

Bahagian 2. Soalan pengiraan. Jadi soalan memang menguji logik dan teknik pengiraan. Memang agak berpeluh nak jawab.

Bahagian 3. Soalan personaliti. Sebanyak 200 ke 100 soalan dalam masa 20 min . Tips soalan ini kena jawab dengan konsisten.

Selesai peperiksaan. Berdoa dan redha.
Namun dalam masa tiga minggu keluar keputusan peperiksaan. Syukur lepas peperiksaan. 

Jadi tadi iaitu 13.9.15 sertai sesi 2

Sesi 2 ialah sesi ujian kecergasan.
Ujian tadi bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Johor area stadium larkin.
Jadi mohon datang awal sebab takut tak de parking. Nasib baik tadi menyelit hehe.
Sesi ini ada 4 

1. BMI
2. Beep Test
3. Futsal
4. Badminton

Baiklah. Bila kaunter buka calon di minta beratur dan akan di beri nombor. Selepas itu di bariskan dalam barisan sepuluh orang. Dan pergerakan dalam barisan.

Mula akan di kumpulkan utk check bmi. Dia cepat sebab ada dua kaunter serentak. 

Selepas itu di bawa ke kawasan beep test iaitu di bawah dewan khas. 
Sebelum beep test ada warm up oleh kumpulan tadi.
Untuk informasi. Beep test ni di jalankan seperti ini.
Ada dua kon dan jaraknya 20m. Markah penuh 30markah jika lepas sampai level 10. Jadi kira la markah jika nak lepas berapa. Hehe tadi lepas sampai 4 je kut. Dulu lepas sampai 5 sebab rajin exercise. Tadi redha je la. 

Untuk wanita markah penuh level 7

Selepas beep test akan dapat rest kejap pastu masuk gelanggan futsal. Di situ hanya 10 min sahaja iaitu 5 min setiap side. Setiap kumpulan 5 calon. Jadi akan bersaing sesama sendiri. Jika anda jadi GK masa 5 min awal bila tukar kena tukar orang ye. Selain nak tengok skil bermain bola juga nak tengok semangat pasukan serta komunikasi. Berapa saya dapat? Syukur mmg tak sangka hehe
Untuk wanita netball
Terakhir, badminton. Ada dua court sahaja di buka dan diminta bermain single. Ada match point? Entah tapi kejap je mcm 5 kali dpt point da stop.

Tips?

Sila jog utk stamina
Pakai pakaian selesa
Sila bawa air dan tuala
Jangan lupa surat utk download tu dan ic

Apa pun semua bergantung kepada rezeki kan. Dan berdoa. Kita sudah berusaha betul. Tak pe kalau ada rezeki interview saya share pula. Apa pun semoga berjaya sebab ada 4 hari lagi ujian di jalankan.

Salam. Jom jadi lebih baik!

0 Sakit Hati:

Catat Ulasan

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.