Pengalaman Audition untuk hos baru 3R

Salam
Tajuk entri macam kelakar tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku hari ini . Mirul sebenarnya nak teman kawan je Raja Farah utk audition hos ni . Pastu jumpa la senior kami Kak Nadia yang sudah ada di situ tp x berniat nak join just jumpa kawan lama .

Masuk je audi semua da setup . Mirul jumpa kak nadia , tetiba Raja Farah ajak kak nadia join sebab biasa la kalau tengok rancangan ini memang berkawan hos dia . Setahu mirul ini utk wanita sahaja . So mereka isi borang . Mirul borak la dengan kak nora kawan kami . Borak tetiba casting tu cakap lelaki ley join . Mirul x plan pun . Ikut hati x nak . Niat nak kasi support kat kawan . Ttbe farah dan kak nadia ajak join sekali sebab jd la ber3 R nanti . So kami pun pilih topik .
Topiknya ialah perkahwinan moden tanpa tunang

Casting di atas stage . Kami kat bwh lepas isi borang perlu ambil gambar la . Apa la . Nasib hari isnin pakai baju formal . Lepas tu kami di panggil naik . Kami naik

Mulanya

Fasa 1 :
Kami ditanya perihal biodata . Kursus . Bakat .

Fasa 2 :
Kami di beri masa utk hos perihal topik dan di minta kupas topik tersebut sambil berinteraksi antara kawan dan kamera

Fasa 3 :
Kami di soal secara spontan . Antara soalannya ialah

i. Kenapa anda join ?
ii. Jika anda hendak ubah dunia , apa anda akan lakukan ?
iii . Apa pembaharuan yang akan anda bawa ?

Jawapan :
Bla Bla...

Konklusi
Memang best join . First time mirul join . Mula agak neves , tp bila da start casting tu akan buat kita relax . Cuba fikir positive . Mind over matter . Lucu bila fikir mcm mana mirul ley join sebab ia utk wanita sahaja . Tapi dia kata boleh . Why not cabar diri dan cuba sesuatu baru . Tq for the experience . Wish all the best kpd mereka yang sertai . Btw , tak sabar nak tengok siri baru ni . Siapa hos dia ye ? Apa pembaharuan ? Apa terjadi nanti ? Sama tak cam azah , yuen , rafidah , tini dan celina ?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

  1. yeah! apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. mungkin boleh wakil para lelaki di luar sana :D

    BalasPadam

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.