Izinkan ku bercerita ( kisah hidup )

Lafaz Bismillah aku mulakan

Apabila matlamat utama blog ini ku tubuhkan bagi medium utk aku bercerita. Cerita tentang hati. Perasaan. Suka dan duka. Oleh itu, izinkan aku bercerita.

Bukan mudah menjadi anak pertama. Ya aku anak pertama. Aku pemula semua. Berat. Besar tanggungjawab yang aku pikul. Aku perlu tunjuk contoh terbaik.

Zaman persekolahan.
Berkorban itu semestinya. Kami bukanlah keluarga yang senang tapi abah berusaha untuk kami cukup semua. Aku berusaha supaya aku dapat hadiah. Dapat keputusan cemerlang.

Bila di IPT.
Aku berusaha untuk membentuk diri.
Cari identiti. Bersedia untuk kerjaya.

Bila bekerja.
Wang ku perlu di bahagi.
Supaya keluarga ku merasa.

Fokus. Ye aku cuba fokus. Mencari lebih baik.

Tapi aku lemah.
Lemah soal hati.

Bercinta?
Siapa tidak mahu bukan.
Aku punya hati.
Aku punya rasa.

Tapi
Aku tidak mampu
Untuk memberi komitmen itu

Famili aku
Aku utamakan

Hidupku baru sahaja bermula.
Adik baru hendak merasa.
Bakti ku baru sahaja menyapa.

Lesen?
Aku baru nak habiskan.
Kereta?
Dalam proses untuk aku keluarkan.

Harta?
Duit ku simpan
Agama?
Aku dalam sesi pembelajaran dan perbaiki.

Biarkan aku bantu keluarga ku.
Kahwin? Tunang?
Ye kawan semua sudah ke sana.
Hati mereka sudah dimiliki semua.

Siapa mahu aku?
Seorang yg masih baiki diri.
Baru memijak di bumi.
Merentas realiti.

Aku tidak salahkan takdir.
Bukan mengeluh.
Aku sudah merencana.
Aku sedang usaha.
Sekadar meluahkan rasa.

Aku memohon maaf atas silap.

Aku bersyukur.
Aku masih ada sahabat di sisi.
Motivasi.
Membantu.

Betul kata mereka.
Teori kos lepas.

Mahukan sesuatu lepaskan sesuatu.

Sabarlah wahai hati.
Ada hadiah menanti.

Mohonku pada pembaca.
Doakan bahawa dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan untuk aku berbakti.

Cukupkah bakti ku dalam membalas jasa mereka?

1 ulasan:

 
Alright reserved by kb|Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika anda didapati bersalah.